Australian High Commission
Brunei Darussalam

A Message from the Australian High Commissioner to Brunei Darussalam (Malay translation)

Pesan daripada Suruhanjaya Tinggi Australia

Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum

Suruhanjaya Australia menikmati hubungan persahabatan yang erat dan mesra dengan Kerajaan Brunei Darussalam, sektor swasta dan masyarakat umum negara ini yang mana sudahpun melebihi 30 tahun lamanya. Saya merasa amat berbangga dengan peluang atau kesempatan untuk terus melanjutkan hubungan persahabatan yang mesra ini.

Sejarah mengenai pertukaran dua hala dalam bidang akademik antara  Australia dan Brunei Darussalam, menjelaskan bahawa hubungan tersebut adalah mantap dan mencakup pelbagai bidang. Australia berterusan menjadi tumpuan tempat belajar bagi pelajar-pelajar dari Brunei Darussalam dan dengan yang demikian memestikan bahawa Alumni pelajar Australia-Brunei terus berkembang maju. Syabas, Kolombo Plan Baru juga menghasilkan peningkatan bilangan pelajar Australia yang menuntut di negara ini. Hal ini setentunya menyebar-luaskan lagi persefahaman antara kedua pihak dalam konteks kebudayaan dan tradisi masing-masing.

Australia memandang berat tentang kestabilan dan pertubuhan ekonomi rantau Asia-Pasifik. Kearah itu, Australia bersedia berkerjasama dengan Brunei Darussalam dalam organisasi-orginisasi serantau, termasuklah Forum Serantau ASEAN dan Kemuncak Asia Timur (EAS), dalam menghadapi cabaran-cabaran dan seterusnya mangambil peluang yang terserlah dalam rantau ASEAN yang dinamik ini. Berasaskan persetujuan-persetujuan yang telahpun dicapai antara Australia dan Brunei Darussalam, seperti Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) negara kita masing-masing akan terus berkerjasama kearah merealisasikan matlamat intigrasi ekonomi dan kerjasama.

Australia dan Brunei Darussalam telah menjalinkan perhubungan dan perkongsian sejarah, khususnya mengenai penglibatan seterperanan Australia dalam menjayakan pembebasan Borneo pada penghujung Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, hubungan dua hala dalam bidang Pertahanan antara Australia dan Brunei adalah kukuh dan stabil. Latihan-latihan bersama dalam bidang ketenteraan, antara lainnya, telah menyumbang kemanfaatan yang bernilai kepada kedua-dua pihak. 

Dalam usaha meneruskan peningkatan hubungan antara Australia dan Brunei Darussalam, kita juga memahami pentingnya keikut sertaan warga komuniti serta penglibatan masyarakat pada keseluruhannya. Suruhanjaya berusaha untuk menawarkan program-program dalam bidang kebudayaan, olahraga dan kesenian, berkerjasama dengan sekolah-sekolah tempatan dan kumpulan-kumpulan masyarakat untuk mempermosikan persefahaman antara budaya.

Komuniti Australia di Brunei Darussalam juga merupakan penyumbang yang sangat berharga kepada hubungan erat antara kedua-dua negara, Australia dan Brunei. Suruhanjaya menghargai sumbangan mereka dalam hal tersebut dan Suruhanjaya juga seterusnya komited bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan konsular pada tahap profesional kepada warganegara kita di negara ini.

Saya menaruh harapan untuk berkerjasama dengan pihak Kerajaan Brunei Darussalam, sektor swasta, persatuan-persatuan masyarakat bukan kerajaan di negara ini untuk terus meningkatkan lagi kefahaman dan penghargaan saya terhadap kepelbagaian dan ketertarikan negara yang indah ini.

Dalam beberapa tahun kehadapan, saya dan keluarga saya berharap untuk dapat bertemu dan bersuai kenal dengan seramai mungkin rakyat dan penduduk negara ini.